Wednesday, August 29, 2012

Monday, August 27, 2012

dugaan 2012

8 syawal 1433H.
dugaan untuk kami sekeluarga. alhamdulillah kami bertiga selamat. sudah semestinya kami terima dengan  redha. tapi sebagai manusia yang diciptakan dengan perasaan, saya berasa sedih. banyak sebab untuk bersedih. tapi bayak jugak sebab untuk tersenyum.
terima kasih ALLAH.

Tuesday, August 14, 2012

Always choose to heal, not to hurt, to forgive not to despise, to persevere not to quit, to smile not to frown, and to love not to hate! At the end of life, what really matters is not what we bought, but what we built, not what we got, but what we shared, not our competence but our character, and not our success but our significance. Live a life that matters. Live a life that cares. ♥

Thursday, August 9, 2012

Beberapa bulan lepas ade member sekolah baru kahwin, ya Allah, MasyaAllah. Seronok sangat tengok gambar die kat FB, cantik, bahagia. Ade bibit2 cemburu jugak dalam hati… kenape ye?? Sebab die dah kawin, sebab aku nak sangat kawin awal tapi tak dapat! Tak nak buat dose dah becinta bagai tapi tak kuat iman untuk berhenti bercinta.. macam mane?? Boleh ke tanak buat dosa becinta tapi tak kuat untuk berhenti membuat dosa itu…?! Sedih ! akhirnye kecewa dengan diri sendiri..

#copypaste sahaja. but exactly tell what i feel now.

Tuesday, August 7, 2012

sila bersabar wahai diri. senyapkan diri. tenangkan diri. berfikir secara waras.

Monday, August 6, 2012

semangat perjuangan

setiap kali mendengar kisah Dato' Lee Chong Wei, hati ini jadi sedih. bukan sebab kerana tak dapat pingat emas di sukan olimpik. tapi sedih mengenangkan betapa sedihnya hati beliau. tak perlu berbicara banyak, hanya dengan 'im sorry' da cukup untuk buat 1 malaysia berkongsi kekecewaan beliau.


mungkin kerana semangat dan kekentalan beliau menyebabkan 1malaysia bersatu hati menyokong beliau. 
hati kecil ini terdetik, alangkah indahnya jika setiap pertandingan dan perjuangan disulami dengan usaha yang JUJUR dan IKHLAS. tidak ada jalan pintas untuk berjaya. untuk apa dibanggakan dengan kejayaan yang diperolehi dari hasil ketidakjujuran? sama-sama la kita mecontohi beliau. da berapa kali cedera?da berapa kali terkehel? da berapa banyak usaha yang dilaburkan? semuanya hanya untuk malaysia. manakala,kita pula sebagai seorang muslim, semua perkara harus dilakukan untuk mendapat keredhaan ALLAH. niat untuk membahagiakan orang lain jugak sudah dikatakan jihad ke jalan ALLAH. kerana kita harus menjaga hubungan baik sesama makhluk ciptaan ALLAH untuk mendapat hubungan baik dengan ALLAH.

wallahualam~~

Sunday, August 5, 2012

pengorbanan

kebahagiaan yang dibina atas kesedihan orang lain tidak akan berkekalan. perlukah kite melepaskan kebahagiaan sementara ini demi mengubat hati lara. berapa pastikah kita kebahagiaan sementara itu akan digantikan dengan kebahagiaan ynag berkekalan jika pengorbanan dilakukan?

#verydramaqueen

Thursday, August 2, 2012

sharing

ilmu Allah sangat luas. Allah maha pemurah. jadi mengapa kita sebagai manusia yang kerdil ini harus kedekut berkongsi ilmu. tak kan habis ilmu Allah ini kita teroka. jangan risau jika sesuatu ilmu kita tak dapat teroka atau kuasai. pasti Allah sudah sediakan ilmu yang lain istimewa untuk kita.


dan apabila kita dapat ilmu tersebut, mengapa harus digunakan untuk manfaat diri sendiri? sedangkan pemilik ilmu tersebut menyuruh kita berkongsi. 

sharing is caring. and that caring will bring happiness to us. everything interrelated into each other. so why not we try to keep connect this relationship?

PROUD


bahang exam yang lepas da lama ilang. tapi hasilnya akan kekal sampai bila-bila.. nak naikkan pointer bukan main susah. tapi nak jatuhkan bukan main senang. silap sekali menyesal tak sudah.sampai bila-bila. memang benar yang da berlaku biarkan berlalu.tapi pasti kita tak nak menyesal. bak kata pepatah, jangan sudah terhantuk baru terngadah. 
untuk kali ini setelah sekian lama, saya mampu tersenyum puas kerana mampu membuat emak dan ayah tersenyum bangga. alhamdulillah. terima kasih Allah. terima kasih mak ayah. terima kasih pensyarah dan tak kan sesekali dilupakan,terima kasih awak sebab sentiasa membahagiakan saya. yang membuatkan saya boleh fokus untuk belajar. terima kasih semua.

tahniah jugak kat awak. mari kita usaha sama-sama.

Alhamdulillah.

mari berperang untuk sem yang akan datang.. :)

Wednesday, August 1, 2012

fighting fighting

gaduh seperti perang dunia ketiga berlaku. walaupun disebabkan hal kecil seperti semut. tapi berbaik semula seolah-olah pergaduhan itu tidak pernah berlaku. adakah ini dikatakan a true soulmate? like a family that related by blood. no matter what happen or how worse we are, nothing or no one can split and ruin our relationship. bagai air yang dicincang tidak akan putus. begitu? i hope so.

p/s : sedar @ tidak, we act exactly like a child.