Monday, August 6, 2012

semangat perjuangan

setiap kali mendengar kisah Dato' Lee Chong Wei, hati ini jadi sedih. bukan sebab kerana tak dapat pingat emas di sukan olimpik. tapi sedih mengenangkan betapa sedihnya hati beliau. tak perlu berbicara banyak, hanya dengan 'im sorry' da cukup untuk buat 1 malaysia berkongsi kekecewaan beliau.


mungkin kerana semangat dan kekentalan beliau menyebabkan 1malaysia bersatu hati menyokong beliau. 
hati kecil ini terdetik, alangkah indahnya jika setiap pertandingan dan perjuangan disulami dengan usaha yang JUJUR dan IKHLAS. tidak ada jalan pintas untuk berjaya. untuk apa dibanggakan dengan kejayaan yang diperolehi dari hasil ketidakjujuran? sama-sama la kita mecontohi beliau. da berapa kali cedera?da berapa kali terkehel? da berapa banyak usaha yang dilaburkan? semuanya hanya untuk malaysia. manakala,kita pula sebagai seorang muslim, semua perkara harus dilakukan untuk mendapat keredhaan ALLAH. niat untuk membahagiakan orang lain jugak sudah dikatakan jihad ke jalan ALLAH. kerana kita harus menjaga hubungan baik sesama makhluk ciptaan ALLAH untuk mendapat hubungan baik dengan ALLAH.

wallahualam~~

No comments:

Post a Comment