Saturday, March 31, 2012

siapa kita? manfaatkan lah doa sebaik-baiknya.

disini aku nak share something. actually aku da lame sedar. tapi baru beberapa ari lepas sedar yang sebenar sedar. syukur... dalam doa kita selepas solat apa yang kita mintak? macam-macam kan?

kadang-kadang kita tak sedar dalam doa kite, kite terlebih ke arah duniawi. salah satu contoh mintak lulus exam. lumrah kan?memanglah xsalah. tapi kita harus ingat dunia ni cuma persinggahan. gagal exam xbermakna gagal segala-gala nya. sedar tak kita, kita dicipta didunia ni utk mengumpul sebanyak mungkin amal kebaikan utk dibawa ke akhirat. so kenapa kite sanggup membuang sifat perikemanusiaan, tamak semata-mata untuk mengejar dunia. setahu saya, sesiapa yang mengejar dunia, tidak diberkati kehidupannya. lagi-lagi dalam doa yang seharusnya dimanfaatkan untuk perkara yang lebih penting. contohnya doa kan lah kesejahteraan ibu bapa kita, keluarga, suami @ isteri dan anak-anak. doa untuk orang tanpa pengetahuannya dibuka hijab doa. dan mudah dimakbulkan ALLAH.

"barangsiapa yang memelihara hubungannya dengan ALLAH nescaya ALLAH akan memelihara hubungan kita dengan semua ciptaanNYA."

berdoalah dimana jua. tak kira masa selagi adab-adab berdoa dijaga. sesungguhnya ALLAH maha mengetahui dan memahami. jika ada masalah, luahkanlah pada ALLAH. menangislah dengan ALLAH. nescaya kita akan lebih tenang. mengadu dan berdoa lah. janganlah diminta kesenangan hidup didunia. kerana dikhuatiri kita akan lupa siapa kita dan tujuan kita di dunia. tapi mintaklah kita diberi kekuatan untuk melalui semua dugaan ALLAH. dengan ini kita akan lebih tabah dan lebih bersyukur atas segala kurniaan ALLAH.

No comments:

Post a Comment